Janji Selamat Sampai bersama BHPetrol

Iklan
Yau Duenn (kiri) memakaikan tali kerusi keselamatan kepada seorang kanak-kanak. - Foto: ZAHID IZZANI

CHERAS - BHPetrol mengadakan kempen keselamatan Janji Selamat Sampai sempena sambutan Tahun Baru Cina di stesen BHPetrol Jalan Cheras 1 & 2 berhampiran Taman Midah di sini semalam.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, BHPetrol mengambil inisiatif melaksanakan kempen keselamatan dengan kerjasama agensi kerajaan sebagai meningkatkan kesedaran kepada pelanggannya.

Iklan
Iklan

"Bila tiba musim perayaan, keselamatan pengguna jalan raya menjadi keutamaan. Tujuan kita adalah satu iaitu untuk selamat sampai ke destinasi dan dapat menyambut perayaan bersama keluarga.

"Kami di BHPetrol sentiasa mengingatkan pelanggan supaya berhati-hati ketika memandu dan menjaga keselamatan lebih-lebih lagi sepanjang musim perayaan,” katanya pada sambutan Tahun Baru Cina bersama BHPetrol di BHPetrol Jalan Cheras 1 & 2 di sini semalam.

Tetamu khas bergambar bersama sempena sambutan Tahun Baru Cina dan kempen keselamatan Janji Selamat Sampai BHPetrol di Stesen BHPetrol Cheras 1 & 2 semalam. - Foto: ZAHID IZZANI

Iklan

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Wong Yau Duenn yang berkongsi statistik kemalangan musim perayaan dan penerangan tip keselamatan jalan raya.

Program yang diadakan secara tahunan itu diraikan bersama pelanggan, rakan perniagaan serta pengusaha stesen minyak BHPetrol Lembah Klang.

Iklan

Mighty Bakery Sdn Bhd, Desa Southern Agency Sdn Bhd, Zaira Enterprise, Nestle dan Future Yusoff Enterprise merupakan antara rakan niaga yang terlibat.

Mereka yang hadir menerima beg cenderahati berisi makanan, minuman dan limau mandarin serta angpau (baucar).

Azizul Azily berkata, pelbagai program telah dijalankan melibatkan keselamatan orang ramai terutama di kawasan stesen minyak dan jalan raya.

"Antara program tahunan yang kami anjurkan ialah program kemasyarakatan berlandaskan aspek kesedaran keselamatan dinamakan Cerah Ceria yang dilaksanakan bersama sekolah terpilih.

"Ia bertujuan meluaskan kesedaran keselamatan diri ketika di atas jalan raya dalam kalangan murid sekolah.

Azizul Azily (dua dari kiri) dan Yau Duenn (dua dari kanan) menghadiahkan topi keledar baharu kepada seorang penunggang motosikal di BHPetrol Jalan Cheras 1 & 2, Kuala Lumpur. - Foto: ZAHID IZZANI

"BHPetrol juga terlibat dalam program Go to Safety Point (GTSP) iaitu kerjasama dengan pihak polis menjadikan stesen minyak terpilih sebagai tempat mendapatkan bantuan awal oleh mangsa kemalangan sebelum bantuan lain tiba,” katanya.

Katanya, sebanyak 100 stesen minyak BHPetrol di seluruh negara terlibat dalam program GTSP.

"Pekerja-pekerja stesen minyak kami diberi latihan sepenuhnya untuk mengendali situasi kecemasan. Pastinya kami akan terus memberi kerjasama kepada pihak berwajib dalam memastikan misinya tercapai,” katanya.