Tapir jantan mati dilanggar

Iklan
Seekor tapir jantan seberat 350 kilogram (kg) ditemui mati di tepi jalan di hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), di sini pada Jumaat. Foto Facebook Badely Aizan Mustapha

DUNGUN - Seekor tapir jantan seberat 350 kilogram (kg) ditemui mati di tepi jalan di hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bangkai hidupan liar itu kira-kira jam 8.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Susulan maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu sepasukan anggota Perhilitan bergegas ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, kami temui bangkai tapir tersebut dan hasil maklumat yang diterima berkemungkinan hidupan liar itu dilanggar oleh lori,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Iklan

Justeru, Kean Seong menyeru kepada orang ramai yang terjumpa tapir itu dengan melaporkan kepada Perhilitan utnuk tindakan susulan dan menyelamat sekiranya hidupan liar tersebut masih hidup.

Sementara itu, kejadian itu turut dikongsikan pemilik Facebook Badely Aizan Mustapha di grup media sosial Dungun dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Iklan

"Habitatnya diganggu. Dahulu di Dungun tiada lagi kes tapir masuk bandar. Habitatnya sudah tiada sebab itu haiwan itu masuk ke bandar," ujar pemilik Facebook bernama Riz Haa Raeisya.

"Kasihan pada tapir ni, sudahlah hidupan liar ini makin pupus," kata pemilik Facebook bernama NurulAin Alaui.

"Tapir ni semakin banyak keluar dari tempat dia sebab banyak sangat korek tanah buat projek. Nak maju itu bagus tapi terpaksa gadai habitat lain," ujar pemilik Facebook Wan Muhd Nur Hakim.

"Sudahlah tapir ni susah nak jumpa, binatang yang diancam kepupusan," kata pemilik Facebook Mathero Mathero.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!