Gempa bumi kuat 6.8 skala Ritcher berhampiran Pantai Peru
Iklan
Gempa bumi itu berlaku pada jam 6.31 pagi waktu tempatan di Bandar Suzu di pantai timur laut Semenanjung Noto. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Peru pada jam 1.36 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pusat gempa itu terletak 15.8 darjah selatan dan 74.4 barat dengan kedalaman 60 kilometer (km) iaitu 234 kilometer tenggara dari Ica, Peru.