Biden, Trump mahu tunjuk siapa hebat

Iklan
Trump (kiri) melemparkan pelbagai tuduhan ke atas Biden. Foto Agensi

WASHINGTON - Sesi debat pertama antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pendahulunya, Donald Trump pada Khamis berlangsung panas apabila mereka saling mengutuk antara satu sama lain termasuk berkaitan isu Perang Gaza.

Biden, 81, kelihatan cuba mempertahankan dirinya yang jelas mempamerkan prestasi buruk beliau ketika diasak dengan pelbagai tuduhan dilemparkan Trump, 78, semasa kedua-duanya menjadikan hinaan bersifat peribadi sebagai 'senjata' untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Presiden AS pada November depan.

Iklan
Iklan

Acara itu yang diadakan di Atlanta dan dikendalikan oleh Dana Bash dan Jake Tapper daripada CNN selaku moderator.

Ketika berdebat tentang isu Perang Gaza, Trump dengan lantang menuduh Biden tidak membantu sekutu mereka, Israel untuk 'menyelesaikan tugas' terhadap Hamas.

Iklan

"Beliau tidak mahu berbuat demikian dan sudah menjadi seperti penduduk Palestin. Tetapi, mereka tidak suka akan beliau kerana Biden adalah 'penduduk Palestin yang sangat teruk'. Beliau adalah yang paling lemah,” sindir Trump.

Kedua-dua pemimpin veteran itu juga saling menuding jari menuduh antara satu sama lain ketika membahaskan isu migran dan pengendalian ekonomi yang telah mencetuskan kos sara hidup tinggi di AS.

Iklan

Biden dan Trump kini berada di bawah tekanan untuk membuktikan siapa lebih hebat untuk merebut semula jawatan di Rumah Putih.

Baik Biden mahupun Trump bukanlah calon popular kerana kebanyakan rakyat Amerika masih ragu-ragu dengan pilihan mereka. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!