Sharifah Amani, suami timang anak lelaki

Iklan
Berita gembira itu dikongsi suaminya, Ahmed Faris Amir menerusi satu kemas kini di Instagram.

PELAKON Sharifah Amani selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ahmed Mohsein, pada 26 Jun lalu.

Berita gembira itu dikongsi suaminya, Ahmed Faris Amir menerusi satu kemas kini di Instagram, pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Ibu dan bayi dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa semua," tulis Ahmed Faris.

Pasangan itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung, Februari lalu.

Iklan

Amani mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated pada 10 September 2022.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat. - Awani

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!