Polis Indonesia berkas 'scammer' sasar mangsa di Malaysia

Iklan
Ratusan telefon bimbit dan peralatan elektronik lain turut dirampas dalam serbuan tersebut. - Foto AFP

JAKARTA - Polis Indonesia telah memberkas lebih 100 warga Taiwan termasuk 12 wanita berhubung kes penipuan siber, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.

Serbuan hasil maklumat orang ramai itu dibuat ke atas sebuah vila di Kabupaten Tabanan pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa turut merampas ratusan telefon bimbit dan peralatan elektronik lain.

Sementara itu, pegawai imigresen, Safar Muhammad Godam berkata, kesemua mereka didakwa menyalahgunakan permit dan melakukan penipuan dalam talian menyasarkan warga Malaysia.

Iklan

"Kami tidak boleh mendakwa mereka kerana ia berada di luar bidang kuasa kami, namun kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan termasuk di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Menurutnya, kesemua 103 warga asing itu yang ditempatkan di pusat tahanan imigresen akan dideportasi dalam masa terdekat.

Iklan

Pada 2018, Indonesia pernah membongkar rangkaian penipuan siber yang menyasarkan ahli perniagaan dan tokoh politik di Beijing didalangi 103 warga China bersama 11 rakyat tempatan. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!