Piala FA: Penang FC kecewa lagi kepada KDA FC

Iklan
KDA FC raih bekalan tipis satu gol ke atas Penang FC pada suku akhir pertama Piala FA 2024-2025 di Stadium Bandaraya pada malam Jumaat. FOTO MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE

KEDAH Darul Aman (KDA) FC meraih bekalan tipis untuk dibawa ke laman sendiri apabila berjaya menewaskan Penang FC 0-1 pada suku akhir pertama Piala FA 2024-2025 di Stadium Bandaraya pada malam Jumaat.

Aksi derbi utara bagi kedua-dua pasukan tersebut dalam tempoh seminggu menyaksikan persembahan tempo tinggi apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sejak wisel dibunyikan.

Iklan
Iklan

Penang FC yang masih berdukacita dengan kekalahan 0-1 kepada lawan sama pada aksi Liga Super berusaha mencari gol melalui gandingan Nik Akif Syahiran, Rafael Vitor, Adib Raop dan Syamer Kutty Abba namun gagal sehingga tamat separuh masa pertama.

Gol yang dicari-cari oleh pasukan pelawat akhirnya menjelma pada minit ke-78 menerusi Hasbullah yang berjaya menolak masuk selepas gagal ditangkap oleh penjaga gol tuan rumah, Sikh Izhan.

Iklan

Terdahulu, penjaga gawang Harimau Kumbang tersebut cuba menyelamatkan percubaan sepakan percuma oleh pasukan KDA FC, Sony Norde namun gagal sebelum dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Hasbullah.

Selang beberapa minit kemudian, Sang Kenari terus menambah satu lagi jaringan menerusi Ebenezer Assifuah namun gol tersebut tidak dibenarkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati Fazrul Danel berada dalam kedudukan Offside.

Iklan

Menuju ke penghujung perlawanan, Penang FC dihukum beraksi dengan 10 pemain selepas Fairuz Zakaria dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari pemain KDA FC.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi pada aksi suku akhir kedua pada 5 Julai di Stadium Darul Aman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!