Empat termasuk seorang budak tercampak keluar pacuan empat roda

Iklan
Tangkap layar daripada kamera papan pemuka kenderaan yang tular di media sosial Facebook pada Jumaat.

BENTONG - Empat individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas pacuan empat roda milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 47.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.27 tengah hari itu, mangsa terdiri seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan tiga wanita berusia 15 hingga 39 tahun.

pacuan empat roda milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) terbabit dalam kemalangan

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan awal, MPV terbabit berada di sebelah kiri dari arah Kuala Lumpur menghala Jeli, Kelantan telah bergesel dengan pacuan empat roda yang dipandu sebelah kanan laluan berkenaan.

pacuan empat roda milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) terbabit dalam kemalangan

"Pemandu MPV berusia 44 tahun yang juga warga asing dan lelaki berusia 57 tahun yang memandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan manakala empat penumpang pacuan terbabit mengalami kecederaan.

Iklan

"Kesemua mangsa dihantar dan menerima rawatan di Hospital Temerloh," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

pacuan empat roda milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) terbabit dalam kemalangan

Sebelum ini, tular rakaman menerusi kamera papan pemuka kenderaan berdurasi 23 saat di laman sosial Facebook memaparkan beberapa individu tercampak keluar dari pacuan empat roda terbabit.

Iklan

Jelas Zaiham, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kita juga memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!