PRK DUN Nenggiri 'kemenangan pertama' buat Bersatu

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan 17 Ogos depan sebagai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Pilihan raya berkenaan diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Selepas beberapa bulan isu keahlian tujuh wakil rakyat diperkatakan sejak episod isytihar sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, PRK yang bakal berlangsung di negeri Che Siti Wan Kembang itu nanti menjadi penanda aras sokongan rakyat terhadap Bersatu.

Malah boleh disimpulkan bahawa proses serta tatacara pindaan Perlembagaan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibuat dengan penuh ketelitian mengikut segenap lunas perlembagaan parti.

Iklan

Ini kerana Mohd Azizi juga gagal untuk menghentikan PRK tersebut selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi sementara dalam saman pemula yang difailkan, Isnin lalu.

Rentetan itu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, tuduhan berlaku kesilapan dalam proses pindaan dan pendaftaran keahlian parti seperti didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari adalah tidak benar.

Iklan

Adakah PRK tersebut turut menjadi penentu nasib kepada kedudukan enam ahli Parlimen Bersatu sama ada perlu dikosongkan atau sebaliknya.

Keputusan tersebut masih dinantikan sementelah Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah menerima notis daripada Bersatu berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen teribat.

Berbaki kira-kira 15 hari lagi sebelum keputusan dibuat, pelbagai spekulasi telah berlegar di media sosial menyatakan ke hadapan, negara bakal berhadapan enam lagi PRK.

Tumpuan sidang Dewan Rakyat pada minggu-minggu seterusnya akan terarah kepada Johari untuk menyatakan keputusannya.

Sekiranya kerusi enam ahli Parlimen Bersatu diisytihar kosong, maka Bersatu boleh dikatakan 'menang besar' dalam menentukan nasib wakil rakyatnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!