Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai

Iklan
Wanita itu dilihat berbaring di atas bumbung masjid setelah sumber suara misteri itu berjaya dikenal pasti. Foto Agensi

KARAWANG - Suara misteri wanita ketawa di sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.

Rupa-rupanya, suara yang muncul pada waktu malam itu bukanlah hantu sebaliknya milik manusia.

Iklan
Iklan

Menurut laporan TribunJabar.id, sumber suara itu juga berjaya dikenal pasti dari bumbung sebuah masjid Desa Cikampek Timur, Kecamatan Cikampek, Kabupaten Karawang di Indonesia.

Gambar yang diambil penduduk menunjukkan wanita dipercayai mengalami gangguan jiwa atau ODGJ itu sedang berbaring di lokasi tersebut pada Khamis.

Iklan

Dia kemudiannya dibawa turun oleh beberapa Petugas Sosial Masyarakat (PSM) malah insiden itu menarik perhatian komuniti setempat.

Wanita itu turut dimandikan sebelum dihantar ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas).

Iklan

Ketua Dusun Cijalu, Aah Supriadi berkata, mereka turut membantu usaha membawa turun wanita ODGJ tersebut dan memastikan dia mendapatkan rawatan yang diperlukan.

"Penduduk sekitar pada mulanya menyangka ODGJ itu ialah hantu kerana sering mendengar suara ketawa menyeramkan pada tengah malam," ujarnya lagi. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!