BRICS sekadar blok politik
Iklan
SEMPENA lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat Malaysia untuk menyertai blok ekonomi BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan), dan meminta sokongan China dalam permohonan tersebut.
Sejurus selepas pengumuman itu, ramai yang berkata termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa penyertaan dalam BRICS akan membawa lebih banyak pelaburan asing serta meningkatkan eksport dan import negara.