‘Tidak pengaruhi kuasa Speaker‘
Iklan
KEMELUT berhubung status enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digugurkan keahlian susulan melanggar pendirian parti dan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus meraih perhatian ramai.
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) masing-masing dilaporkan menolak notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang diserahkan parti Bersatu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.