Pasangan pesakit diijab kabul di HDOK

Iklan
Pasangan yang dinikahkan di Wad Ortopedik Lelaki, HDOK.

SANDAKAN - Sepasang kekasih yang dipercayai sedang menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, akhirnya dapat meniti hari bahagia apabila selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Jumaat.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Wad Ortopedik Lelaki, HDOK.

Iklan
Iklan

Difahamkan, pasangan terbabit dimasukkan ke hospital itu kerana terlibat kemalangan.

Menerusi perkongsian Facebook Duchess of Kent, pihak hospital mengucapkan tahniah kepada kedua-dua nempelai tersebut.

Iklan

"Ucapan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada Encik Alif dan Puan Siti yang telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Wad Ortopedik Lelaki pada hari ini (28.06.2024).

"Majlis akad nikah ini telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan terdekat pasangan mempelai serta kakitangan HDOK.

Iklan

Majlis akad nikah dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan mempelai serta kakitangan HDOK.

"Sungguhpun majlis ini berlangsung secara sederhana, namun kebahagiaan pasangan ini boleh dilihat di muka mereka serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir bersama.

"Pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga HDOK mengucapkan selamat pengantin baharu dan semoga proses perawatan pasangan ini dipermudahkan dan semoga cepat sembuh. Tahniah," tulisnya dalam hantaran itu pada petang Jumaat.

Dalam hantaran itu, turut dikongsikan beberapa gambar kenangan saat kedua-duanya diijabkabulkan dan diraikan ahli keluarga masing-masing bersama kakitangan hospital termasuk jururawat.

Tinjauan Sinar Harian pada ruangan komen mendapati ramai yang turut menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

Kakitangan hospital meraikan pasangan pesakit yang dinikahkan di HDOK.

Malah ada juga yang turut mendoakan pasangan tersebut dipermudahkan urusan mereka selain mendoakan kesembuhan kepada kedua-duanya.

Selain itu, ada pengguna media sosial turut memuji kakitangan yang memudahkan urusan kedua-dua mempelai dan juga pesakit di hospital berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!