Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

Iklan
Gambar hiasan

RINGGIT dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada RM4.70 dan RM4.71 berbanding dolar AS dalam dagangan berhati-hati minggu depan walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) mungkin susut berikutan pengumuman data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS yang lebih rendah.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walaupun demikian Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengekalkan kadar faedah semasa.

Iklan
Iklan

"Pendirian untuk menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS berkemungkinan mengehadkan potensi kenaikan ringgit minggu depan.

"Konsensus dalam kalangan penganalisis kewangan, ahli ekonomi dan peserta pasaran meramalkan Indeks Harga PCE akan menyusut daripada 2.7 peratus kepada 2.6 peratus," katanya kepada Bernama.

Iklan

PCE teras bulanan AS, tidak termasuk turun naik barangan makanan dan tenaga bagi Mei 2024 dilaporkan meningkat 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, mendorong Fed untuk menurunkan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS dijadualkan diadakan pada akhir bulan Julai.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Mohd Afzanizam berkata, penilaian positif oleh Fitch Ratings terhadap penarafan kredit kerajaan Malaysia menunjukkan bahawa pembaharuan ekonomi telah memberi kesan positif kepada pasaran pendapatan tetap Malaysia.

Pada Khamis, Fitch Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan 'stabil', disokong oleh ekonomi yang pelbagai dan asas eksport.

Pengarah Bersekutu Kedaulatan Asia Pasifik Fitch Ratings, Kathleen Chen berkata, prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh serta lebihan akaun semasa turut menyokong kekuatan penarafan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat kepada 4.7160/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7145 pada minggu sebelumnya.

Bagi minggu urus niaga yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.9639/9676 daripada 5.9594/9638 pada Jumaat minggu lepas, susut berbanding euro kepada 5.0494/0526 daripada 5.0394/0431 sebelumnya bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9345/9365 daripada 2.9648/9671 seminggu sebelumnya.

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang di negara-negara ASEAN.

Ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 8.05/8.05 berbanding 8.00/8.02 minggu sebelumnya, merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 287.9/288.3 daripada 286.3/286.7, menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.4792/4816 daripada 3.4785/4814 dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.8508/8646 daripada 12.8495/8639 pada Jumaat minggu lepas. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!