Stadium Shah Alam boleh diroboh bila-bila masa

Iklan
Proses perobohan Stadium Shah Alam boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada MBSA. Gambar kecil: Mohd Fauzi

SHAH ALAM - Proses perobohan Stadium Shah Alam boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, permit kelulusan perobohan bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) telah dikeluarkan pada 14 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, perbincangan peringkat akhir antara MBSA, pemaju, jabatan terlibat dan agensi teknikal telah diadakan pada 20 Jun lalu.

"Bagaimanapun permit untuk meroboh telah pun dikeluarkan, jadi isu (perobohan Stadium Shah Alam) itu sudah selesai," katanya pada sidang akhbar pada Khamis lalu.

Iklan

Sinar Harian pada 6 Jun lalu melaporkan, proses perobohan berikutan syarikat pemaju belum menyerahkan pelan pembangunan penuh projek di tapak stadium itu secara rasmi kepada MBSA.

Pada Disember tahun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, MBSA telah mengeluarkan kelulusan kebenaran merobohkan Stadium Shah Alam dan kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan selepas pemaju memenuhi keperluan yang diwajibkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Iklan

Pembangunan KSSA membabitkan tiga fasa meliputi proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam dengan ruang perniagaan serta parkir yang dijangka siap pada 2026.

Ia diikuti fasa kedua membabitkan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi manakala fasa terakhir melibatkan pembinaan terminal bersepadu dan hotel yang dijangka bermula Januari 2028 hingga Disember 2029.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!