Palestin beri amaran terhadap Israel, AS

Iklan
Gambar hiasan Palestin -Foto: 123RF

RAMALLAH - Pucuk pimpinan Palestin semalam berikrar untuk tidak mengiktiraf pelan damai Timur Tengah, pelan yang pernah ditolak sebelum ini dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap pengumuman perjanjian itu, lapor agensi berita Anadolu.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeinah dalam satu kenyataan berkata, kepimpinan Palestin menolak sebarang langkah oleh AS yang melanggar undang-undang antarabangsa, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

Iklan
Iklan

"Sekiranya perjanjian yang ditolak itu diumumkan, kepimpinan akan mengumumkan beberapa langkah untuk melindungi hak kami dan menuntut Israel bertanggungjawab penuh sebagai pihak yang menduduki," kata Rudeinah.

Beliau memberi amaran kepada Israel dan pentadbiran AS untuk tidak melangkaui mana-mana garisan merah.

Iklan

Beliau juga menyeru agar pendudukan Israel terhadap Palestin sejak 1967 ditamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar sejarah Israel saran contohi ketegasan Dr Mahathir

Iklan

Rudeinah berkata, sebuah negara Palestin yang bebas perlu diwujudkan dan Baitulmaqdis Timur harus diiktiraf sebagai ibu negara.

Terdahulu, Rumah Putih semalam berkata, Presiden Donald Trump mempelawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan saingan politiknya, Benny Gantz untuk melawat Washington pada Selasa lalu ketika laporan mengatakan AS akan mendedahkan pelan damai Timur Tengah. Pelan itu juga dikenali sebagai 'perjanjian abad ini'. - Bernama