Nur Dabhitah sah ke Sukan Olimpik Paris 2024

Iklan
Nur Dhabitah. Foto Bernama

PENERJUN wanita negara, Nur Dabhitah Sabri akan membuat penampilan ketiganya di Sukan Olimpik pada edisi Paris 2024, menerusi lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain.

Khabar gembira itu disahkan oleh Pengarah Teknikal Malaysia Swimming (MS), Bryan Nickson Lomas pada Sabtu, selepas pihaknya menerimal e-mel daripada Akuatik Dunia memaklumkan perkara berkenaan pada jam 5 petang semalam.

Iklan
Iklan

"Nur Dhabitah akan terjun dalam acara 3 meter (m) papan anjal di Paris nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Bagaimanapun, Bryan berkata, nasib seorang lagi penerjun negara Ooi Tze Liang pula hanya akan diketahui sekiranya mendapat pemakluman daripada Akuatik Dunia pada 8 Julai ini.

Iklan

Nur Dhabitah yang pernah bersaing pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020 bakal menemani penerjun muda Bertrand Rhodict Lises yang muncul atlet pertama negara layak ke Sukan Olimpik 2024.

Sementara itu, mengenai persediaan Nur Dhabitah menjelang temasya Paris 2024, Bryan berkata, atlet berusia 24 tahun itu diletakkan dalam mod bersedia dan telah menjalani persiapan awal walaupun gagal secara merit pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Februari lepas.

Iklan

"Memang sebelum ini kita letak dia dalam plan B sekiranya (Nur Dhabitah) layak ke Sukan Olimpik. Sebab itu dia sertai Australian National Trial baru-baru ini kerana sekurang-kurangnya dia ada satu kejohanan sebelum paris 2024,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!