PRK Sungai Bakap: Kempen PN caca marba, dakwa Rafizi

Iklan
Rafizi (depan, tiga dari kanan) ketika mengadakan sidang media PRK DUN Sungai Bakap pada Sabtu.

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

SUNGAI BAKAP - Kempen yang dilaksanakan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap didakwa caca merba, tiada mesej jelas dan berterabur.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mendakwa, segala isu yang dibangkitkan PN tidak relevan dengan pengundi DUN Sungai Bakap.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, PN bagaikan hilang punca atau sekadar serkap jarang mempermainkan isu yang tidak jelas bertujuan menimbulkan ketidakpuasan hati kepada kerajaan semata-mata mahu menarik sokongan.

"PN hilang punca atau serkap jarang iaitu segala isu yang boleh timbul kemarahan dan tidak puas hati rakyat terus dimainkan," katanya kepada media di Bilik Gerakan Utama Perpaduan PRK DUN Sungai Bakap di sini, pada Sabtu.Sabtu.

Iklan

Hadir sama, calon PH bagi kerusi PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.

Jelas Rafizi, dakwaan itu antara dapatkan awal yang diperoleh selepas seminggu berkempen sepanjang PRK berkenaan.

Iklan

"Kita tengok isu bersabit dengan masyarakat langsung tidak disentuh PN sebab mereka sendiri tak yakin dengan prestasi setempat sejak jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

"Itu yang jadi buah mulut pengundi di sini, prestasi ADUN pun suam-suam kuku, calon pula sebahagian dari Pusat Khidmat Rakyat yang prestasi juga dipersoalkan," dakwanya.

Sebaliknya, kata Rafizi, kempen Pakatan Harapan (PH) pada minggu akhir dijadualkan lebih seimbang termasuk mahu memberikan penjelasan berhubung pendirian kerajaan kepada rakyat.

"Saya cabar PN bentangkan prestasi mereka sejak jadi YB sini...nampak mereka mengelak untuk memperjelaskan prestasi semasa jadi wakil rakyat," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff dari Pas yang meninggal dunia 24 Mei lalu.

Disebabkan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh pengundian PRK Sungai Bakap.

Joohari akan bertanding satu lawan satu dengan calon PN, Abidin Ismail yang juga merupakan bekas Pegawai Khas Nor Zamri.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.