Syed Husin insan amat rapat, sentiasa jadi rujukan - Anwar

Iklan
Anwar turut menyifatkan Allahyarham Syed Husin sebagai tokoh perjuangan parti. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Dr Syed Husin Ali sebagai seorang sahabat, pemikir dan guru beliau.

Mengakui sayu dan terkesan dengan pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu, Anwar yang juga Presiden PKR turut menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh perjuangan parti.

Iklan
Iklan

"Saya amat terkesan tatkala saudara Syed Husin adalah watak yang amat rapat dan senantiasa menjadi rujukan dalam pelbagai hal yang mendesak.

"Takziah kepada keluarga Almarhum dengan doa agar kuat dan tabah menerima ujian berat ini,” katanya dalam hantaran di media sosialnya.

Iklan

Terdahulu jenazah Syed Husin selamat dikebumikan pada jam 11.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara di sini.

Anak Allahyarham, Muhammad Ali berkata, bapanya didiagnosis menghidap kanser pankreas pada April lepas, namun keadaan kesihatan dan faktor usia yang hampir mencecah 88 tahun menyebabkan rawatan intensif tidak dapat dibuat.

Iklan

Syed Husin yang dilahirkan di Johor pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden PKR, Presiden Parti Rakyat Malaysia serta profesor di Universiti Malaya di Jabatan Antropologi dan Sosiologi pada 1985 hingga 1990.

Beliau dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan dengan Sabariah Abdullah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!