PRK Sungai Bakap: Polis lulus 61 permit sepanjang tempoh berkempen

Iklan
Gambar hiasan

NIBONG TEBAL - Polis Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 61 permit kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra bagi parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, sejak hari pertama berkempen 22 Jun hingga hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, untuk hari ini sahaja iaitu hari kelapan berkempen, sebanyak 16 permit telah diluluskan dan tiada permohonan yang ditolak setakat ini.

Iklan
Iklan

"Jumlah laporan polis dan kertas siasatan yang dibuka berkaitan PRK DUN Sungai Bakap masih kekal satu, yang mana ia disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu merosakkan bahan kempen seperti bendera dan gegantung parti.

"Polis juga menasihatkan pihak yang berkempen memastikan kawasan kempen seperti tapak ceramah dan tempat perjumpaan bersih selepas digunakan serta mengelak daripada merosakkan harta awam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH, Dr Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei, akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding Sabtu lepas hingga 11.59 malam, 5 Julai. - Bernama

Iklan

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.