Masoud Pezeshkian dan Saeed Jalili kembali bersaing jawatan Presiden Iran

Iklan
Jalili (kiri) berada di belakang Pezeshkian meskipun bekas ketua perunding nuklear itu disebut sebagai calon pilihan sebagai pengganti Raisi. - Foto Agensi

TEHERAN - Calon reformis tunggal pada Pilihan Raya Presiden Iran, Masoud Pezeshkian akan berdepan pesaing ultrakonservatif, Saeed Jalili dalam pusingan kedua pemilihan selepas kedua-duanya gagal meraih lebih 50 peratus undi.

Jurucakap Pihak Berkuasa Pilihan Raya, Mohsen Eslami pada Sabtu memaklumkan Pezeshkian, 69, hanya memperoleh 42.4 peratus undi manakala Jalili, 58, berada di tangga kedua dengan 38.6 peratus.

Iklan
Iklan

"Dua lagi calon, Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf pula meraih 13.8 undi disusuli Mostafa Pourmohammadi dengan kurang satu peratus undi. Tiada seorang pun calon memperoleh majoriti mutlak," ujarnya.

Menurutnya, Pezeshkian dan Jalili akan kembali bersaing pada Jumaat depan untuk menentukan siapa bakal menggantikan Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada bulan lalu.

Iklan

Data rasmi menunjukkan kira-kira 40 peratus daripada 61 juta individu layak mengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pusingan pertama manakala lebih sejuta kertas undi rosak.

Difahamkan, Teheran hanya pernah berdepan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden pada 2005 sejak Revolusi Islam 1979. - AFP

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!