AKSB beri jaminan atasi masalah air menjelang Tahun Baru Cina

Iklan
Ir Azuhan mengetuai bacaan lafaz IBR di Wisma Air Kelantan di sini.

KOTA BHARU - Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memberi jaminan untuk mengatasi masalah bekalan air sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pengurus Besarnya, Datuk Ir Dr Azuhan Mohamed berkata, pihaknya juga telah mengarahkan bahagian operasi berkaitan untuk bekerja dalam tempoh 24 jam sebagai persediaan.

Iklan
Iklan

"Ini adalah untuk memastikan gangguan bekalan air yang dihadapi pengguna ketika musim perayaan dapat diatasi dengan secepat mungkin.

"Dalam masa sama AKSB juga telah menempatkan tangki statik di kawasan yang kebiasaannya mengalami masalah bekalan untuk tidak menyukarkan pengguna,” katanya kepada media pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Seminar, Wisma Air Kelantan di sini semalam.

Iklan

Majlis lafaz ikrar tersebut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Hairul Ilham Hamzah.

Mengulas lanjut Ir Azuhan berkata, selain itu pihaknya juga bersedia untuk menghantar sembilan lori tangki air di kawasan yang menghadapi masalah.

Iklan

"Sekiranya ia tidak mencukupi pihak kami akan menyewa kenderaan dari luar untuk menghantar air kepada para pengguna. Ini adalah perkhidmatan AKSB kepada pengguna,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hairul Ilham dalam ucapannya memaklumkan AKSB bebas daripada rasuah.

"Tiada pendakwaan kes. Ini menunjukkan AKSB menjalankan tugas dengan baik.

"SPRM juga menyeru agar semua pegawai dan kakitangan dapat menjaga nama baik AKSB dan terapkan integriti yang tinggi,” katanya.