Jumlah kutipan 'Langkah Muar' cecah RM74,970 - Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq membuat larian dari Rembau menghala ke Seremban.

REMBAU - Jumlah sumbangan terkumpul bagi 'Langkah Muar' kini telah mencecah RM74,970.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau kini berada di Rembau dan memulakan larian sejauh 25 kilometer (km) ke Seremban pada petang Sabtu.

Iklan
Iklan

"Masih ada lebih kurang 100km lagi sebelum saya sampai ke Parlimen. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang untuk 'Langkah Muar'.

"Setakat jam 5 petang ini, jumlah sumbangan terkumpul bagi 'Langkah Muar' telah mencecah RM74,970.

Iklan

"Saya selamanya terhutang budi kepada semua yang sudi menyumbang untuk Muo!," katanya.

Sebelum ini beliau memaklumkan telah berjaya mengumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam sejak memulakan larian dalam misi 'Langkah Muar' sejak Jumaat.

Iklan

Menerusi perkongsiannya dalam Facebook, beliau bermula di Jambatan Muar dan berakhir di Alor Gajah, Melaka dengan larian sejauh 58 kilometer.

Syed Saddiq membuat larian dari Rembau menghala ke Seremban.

Katanya, hampir mengalami kekejangan kaki sejak memulakan larian jam 6.30 pagi Jumaat namun kembali semangat sebaik melihat orang ramai memberikan sokongan dengan menunggunya di sepanjang jalan.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Muar itu berkata, larian itu sebagai salah satu cara untuk menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.

Misi berkenaan bagi mendesak Kerajaan memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Selain itu, larian berkenaan juga bagi mengutip dana RM100,000 bagi Pusat Khidmat Muar diperlukan demi ia dapat kekal beroperasi sekali gus membantu rakyat yang memerlukan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!