Piala FA: JDT belasah MU 5-0

Iklan
Pemain JDT, Syahmi Safari (kiri) dan pemain MU, Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan berebut bola pada aksi suku akhir pertama Piala FA, di Stadium Sultan Ibrahim, petang tadi. - Foto FB Johor Southern Tigers

JUARA bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa bekalan selesa apabila menewaskan kelab Liga A1 Semi-Pro, pasukan Malaysian University (MU), 5-0 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Biarpun menurunkan ramai pemain simpanan pada pada babak pertama, skuad Harimau Selatan itu dilihat bermula garang sebaik wisel permulaan dan tidak perlu lama menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi tonggak pertahanan, La'vere Corbin-Ong pada minit ke-2.

Iklan
Iklan

Gol itu semakin menyemarakkan semangat kesebelasan JDT untuk terus mengasak gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan.

JDT hampir menambah jaringan pada minit ke-33, namun rembatan Ramadan Saifullah Usman berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat, Muhammad Ashraf Mohammad Fadhil.

Iklan

Muhammad Ashraf sekali lagi melegakan kem MU apabila menyelamatkan tandukkan Mohamadou Sumareh pada minit ke-35.

JDT sekali lagi hampir menambah jaringan pada minit ke-39, namun sepakan percuma Safiq Rahim terkena tiang sebelum melantun keluar.

Iklan

Penghujung perlawanan menyaksikan Natxo Insa terlepas peluang menjaringkan gol apabila rembatannya berjaya dikeluarkan benteng pertahanan untuk kedudukan 1-0 memihak JDT, kekal ke wisel penamat.

Babak kedua, JDT dilihat semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan dan pemain gantian, Francisco Geraldes menjaringkan gol kedua pada minit ke-48.

Geraldes sekali lagi menggamatkan stadium pada minit ke-61 apabila meledak gol ketiga yang juga gol kedua peribadinya pada perlawanan tersebut.

Minit ke-70, menyaksikan tonggak pertahanan, Shahrul Saad sekali lagi menggamatkan stadium menanduk masuk gol keempat.

Seorang lagi pemain gantian, Romel Morales mencatatkan nama selaku penjaring apabila meledak gol kelima pada minit ke-80.

MU berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke-84, bagaimanapun gol jaringan pemain gantian Mohd Alief Najmi Mohd Radzi dibatalkan kerana ofsaid setelah melalui semakan video bantuan pengadil (VAR).

Tiada jaringan tambahan dihasilkan pada penghujung perlawanan oleh kedua-dua pasukan hingga ke wisel penamat untuk kedudukan 5-0, memihak JDT kekal ke wisel penamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!