Pelajar terjatuh dari tingkat lima meninggal dunia

Iklan
Mangsa sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

KAJANG - Pelajar yang sebelum ini parah selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan sebuah sekolah dekat sini disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa yang berumur 13 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa sebelum itu dikejarkan ke Hospital Kajang bagi rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan parah.

"Bedah siasat dijalankan terhadap mangsa mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan jatuh dari tempat yang tinggi.

Iklan

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes ini dengan lebih terperinci," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, seramai lapan individu telah dirakam percakapan bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.

Iklan

"Siasatan di bawah Laporan Mati Mengejut ( SDR ) sedang dijalankan bersama siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu parah setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah sekolah dekat Kajang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!