Takut ditangkap khalwat, lelaki langgar MPV polis

Iklan
Seorang lelaki ditahan selepas melanggar MPV polis di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru pada Jumaat. Foto PDRM

MELAKA - Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu berlaku gara-gara lelaki berusia 44 tahun dan pasangannya berusia 25 tahun itu takut ditangkap khalwat oleh anggota unit MPV Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komuniti daerah yang melakukan rondaan cegah jenayah.

Iklan
Iklan

"Pasangan itu yang menaiki pacuan empat roda jenis Ford Ranger didapati berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan sunyi dan gelap.

"Dua anggota unit MPV yang melakukan rondaan kemudian menghentikan kenderaan mereka di belakang pacuan empat roda itu dengan menyalakan lampu mata arah, namun pemandunya enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaan itu hingga melanggar MPV itu," katanya dalam kenyataan malam Sabtu.

Iklan
Keadaan pintu hadapan MPV polis yang rosak selepas dilanggar pacuan empat roda jenis Ford Ranger. Foto PDRM

Beliau berkata, pasangan berkenaan yang berjaya ditahan selepas itu didapati bertindak sedemikian kerana takut ditangkap khalwat.

Menurut Ashari, rempuhan kuat itu menyebabkan pintu hadapan MPV itu rosak dan tingkapnya pecah.

Iklan

Kedua-duanya yang tidak memiliki rekod jenayah dan negatif terhadap dadah, katanya disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!