SKUAD petanque negara muncul penyelamat kempen emas hari keempat saingan Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 apabila merangkul medal tunggal tersebut menerusi acara triple campuran pada Sabtu.
Di Gelanggang Petanque Universitas Negeri Surabaya (UNESA), gandingan Nur Asyikin Roslan, Sharifah Afiqah Farzana Syed Ali dan Mohamad Muqri Sapiny menewaskan trio Thailand dibarisi Thirawut Khamchan, Khwandee Panin dan Thidathip Inkan,13-5 dalam perlawanan akhir.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, terima kasih atas doa dan sokongan terutama ayah dan ibu semua sehingga membolehkan kami bertiga merangkul pingat emas hari ini.
"Terima kasih juga kepada pengurusan Kementerian Pendidikan Tinggi, Universiti Teknologi Mara khasnya coach kami Syed Ali di UiTM yang membentuk kami from zero to hero.
"Terima kasih juga barisan pengurusan dan jurulatih petanque kontinjen AUG 2024 negara membantu kami merealisasikan taktikal dengan sempurna," ujar Mohamad Muqri pertama kali menyertai AUG bersama Nur Asyikin, Sharifah Afiqah Farzana.
Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Laos, 11-5 manakala Thailand pula menjinakkan Indonesia, 3-2 di pentas empat terbaik.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!