'Southgate dah macam ten Hag'

Iklan
Southgate gagal memanipulasi kehebatan pemain England di Euro 2024. Foto Agensi

BEKAS pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Robbie Savage menganggap jurulatih England, Gareth Saouthgate tiada gaya kepimpinan dan kekurangan idea sepanjang kejohanan Euro 2024 yang berlangsung di Jerman.

Malah katanya, kelibat Southgate di atas padang tidak menghadirkan rasa gerun dan taktikalnya mudah dibaca pihak lawan.

Iklan
Iklan

Tambahnya, situasi itu mungkin menjadi kelemahan skuad Three Lions apabila berdepan pasukan di ranking ke-42 dunia, Slovakia pada peringkat kalah mati di Gelsenkirchen tengah malam ini (12 tengah malam waktu Malaysia).

"Menonton perlawanan England di Euro mengingatkan saya kepada pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Iklan

"Apabila saya menonton England, saya mempunyai perasaan yang sama seperti menonton Manchester United di bawah pimpinan ten Hag.

"Southgate seperti jelmaan ten Hag. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan bagi menjelmakan keputusan positif,” kata Savage.

Iklan

Pada masa sama, Savage menempelak sikap ‘diva’ pemain England yang tidak dapat menerima hakikat setiap kali dikritik peminat dan bekas pemain.

"Pemain-pemain tidak menyukai beberapa kritikan pedas dan jujur daripada penganalisis.

"Setakat ini saya belum melihat sebarang komen daripada bekas pemain yang boleh dianggap sebagai serangan peribadi.

"Sekarang Southgate mempunyai beberapa keputusan besar yang perlu dibuat dan saya berharap dia membuat keputusan tepat,” ujarnya.

England hadir ke bumi Jerman membawa reputasi naib juara Euro dengan menyenaraikan penjaring terbanyak Bundesliga dengan 44 gol (Harry Kane), pemain terbaik EPL musim ini (Phil Foden), seorang pemenang Liga Juara-Juara dengan Real Madrid (Jude Bellingham dan seorang pemain tengah bernilai £105 juta (Declan Rice).

Dalam perkembangan berkaitan, Southgate dijangka hanya melakukan satu pertukaran menjelang pertembungan dengan Slovakia apabila bakal menyenaraikan pemain muda Manchester United, Kobbie Mainoo dalam kesebelasan utama Three Lions.

Biarpun menjuarai Kumpulan C, England hanya berjaya meledak dua gol dalam tiga perlawanan di peringkat kumpulan.

Sebagai rekod, England turut menjaringkan dua gol di peringkat kumpulan edisi Euro lalu sebelum bangkit untuk layak ke final pertama mereka dalam kejohanan utama selepas 55 tahun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!