‘Saya sudah buat terbaik’

Iklan
Jinq En

PERENANG negara, Phee Jinq En mahu melupakan arena kolam renang sementara selepas membutirkan satu pingat emas dan satu perak pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024.

Malah atlet berusia 27 tahun kelahiran Selangor itu mengakui berpuas hati dengan prestasi di temasya edisi ke-21 yang merupakan penampilan terakhirnya akan berehat sementara selepas mengharungi dua tahun penuh cabaran menjalani latihan serta mengikuti pelajaran.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya, bagi saya satu emas dan satu perak satu pencapaian yang baik. Saya sudah buat yang terbaik memandangkan sudah mengharungi dua kejohanan berturut-turut setakat ini.

"Saya selepas ini boleh dapat tenang sedikit setelah berdepan cabaran dalam tempoh dua tahun dengan melakukan kajian dan latihan. Saya juga tidak akan sambung belajar," kata pemenang pingat Sukan SEA itu.

Iklan

Sebagai rekod, Jinq En meraih emas menerusi acara 50 meter (m) kuak dada wanita diikuti perak dalam acara 200m kuak dada wanita di Surabaya Malang 2024.

INFO

Iklan

Di Surabaya Malang 2024, Jinq En berjaya melakukan catatan masa terbaik musim ini dalam acara 200m kuak dada menerusi 2:33.89 saat (s).