'Lagi 80km, paling mencabar dah tak rasa kaki' - Syed Saddiq

Iklan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan 'Larian Muar' di sini dengan berbaki 80 kilometer (km) sebelum sampai di Parlimen.

SEREMBAN - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan 'Larian Muar' di sini dengan berbaki 80 kilometer (km) sebelum sampai di Parlimen.

Beliau memulakan larian seawal jam 8 pagi pada Ahad kini berada sekitar Mantin dan dijangka berhenti sekitar Beranang.

Iklan
Iklan

"Lebih kurang 80km lagi sebelum saya sampai di Parlimen, hari ini akan jadi lebih mencabar dari sebelum ini.

"Perjalanan yang lebih jauh, dah tak rasa kaki," tulisnya ringkas di Facebook miliknya.

Iklan

Pada Sabtu, Syed Saddiq memaklumkan sumbangan terkumpul bagi Langkah Muar telah mencecah RM74,970.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Muar itu berkata, larian itu sebagai salah satu cara untuk menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.

Iklan

Misi berkenaan bagi mendesak kerajaan memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Selain itu, larian berkenaan juga bagi mengutip dana RM100,000 bagi Pusat Khidmat Muar diperlukan demi ia dapat kekal beroperasi sekali gus membantu rakyat yang memerlukan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!