'Lapor Perhilitan jika jumpa tapir'

Iklan
Tangkap layar video tular menunjukkan seekor tapir yang dikatakan tersesat di Klinik Kesihatan Marang.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu meminta orang ramai supaya segera melaporkan penemuan seekor tapir yang didakwa dijumpai di pekarangan Klinik Kesihatan Marang.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, maklumat itu penting bagi membolehkan pihaknya mengesan haiwan itu seterusnya menyelamatkan ia daripada berdepan dengan sebarang risiko.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kita belum lagi menerima aduan berhubung penemuan itu dan minta supaya pengadu dapat menghubungi kita untuk menyalurkan maklumat.

"Orang ramai juga diingatkan supaya terlebih dahulu menghubungi pihak Perhilitan sekiranya ternampak tapir atau haiwan liar yang lain. Tidak perlu terus tularkan di Facebook," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, rakaman video berdurasi 30 saat dipercayai diambil pada malam Ahad telah dikongsikan di media sosial.

Rakaman itu telah dimuat naik oleh pengguna media sosial beserta keterangan memberitahu tapir tersebut dijumpai tersesat di pekarangan klinik kesihatan berkenaan.

Iklan

Sebelum ini, seekor tapir jantan seberat 350 kilogram (kg) ditemui mati di tepi jalan di hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA),Dubgub Dungun pada Jumaat lalu.

Laporan berhubung penemuan bangkai hidupan liar itu dibuat kira-kira jam 8.30 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!