Lima maut, 20 cedera letupan gudang mercun di Filipina

Iklan
Anggota pasukan keselamatan Filipina mengadakan tinjauan di tapak gudang mercun di Bandar Zamboanga, selatan Filipina pada petang Sabtu yang meragut lima nyawa dan mencederakan 20 orang. - Gambar Facebook Philippine Star

MANILA - Satu letupan kuat meranapkan sebuah gudang mercun di Bandar Zamboanga di selatan Filipina pada petang Sabtu, meragut lima nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa tempatan berkata, letupan itu yang berlaku selepas pukul 4 petang waktu tempatan, memberikan impak dalam radius 1.14 kilometer dan merosakkan kawasan penempatan dan komersial berhampiran gudang itu.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar John Dalipe yang bergegas ke lokasi letupan mengesahkan kepada wartawan lima orang maut dan pasukat penyelamat mengejarkan 20 orang lagi ke hospital.

Pejabat Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana bandar itu menyenaraikan lapan pesakit dalam keadaan kritikal.

Iklan

Kolonel Polis Kimberly Molitas, Pengarah Kota Pejabat Polis Bandar Zamboanga berkata, seorang kanak-kanak merupakan antara yang terbunuh.

Beliau memberitahu wartawan anggota bomba dan polis sedang menyiasat punca letupan itu. - Bernama

Iklan