Agong solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan

Iklan
Al-Sultan Abdullah berkenan bersalaman dengan sebahagian jemaah ketika berangkat tiba bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan hari ini. -FOTO: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada jam 1.18 tengah hari disambut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail.

Iklan
Iklan

Seri Paduka berkenan bersalaman dengan jemaah sebelum mendengar khutbah Jumaat.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya menyertai jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah’, yang disampaikan Ketua Imam masjid berkenaan Muhammad Hatta Abdul Rahman.

Iklan

Muhammad Hatta dalam khutbahnya menyebut ibadah wakaf sangat dituntut dalam Islam yang menyumbang kepada kemantapan pembangunan sosial sesebuah masyarakat.

Menurut beliau, pembinaan masjid, surau, madrasah dan tanah perkuburan Islam adalah antara bentuk sumbangan yang terhasil melalui ibadah wakaf. - Bernama

Iklan