Jangkitan bakteria pemakan daging tidak bahaya kesihatan awam - KKM

Iklan
Dr Dzulkefly

KUALA SELANGOR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan pendirian isu Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus (STSS) yang melanda Jepun, tidak membahayakan kesihatan awam di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini Malaysia berpendirian ia tidak berisiko berikutan masih tiada sebarang perkembangan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Iklan
Iklan

"Saya mengambil sikap ia bukan satu cabaran atau risiko dalam konteks (kesihatan awam) hingga saat ini," katanya pada sidang akhbar ketika Majlis Perasmian Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor di sini pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, KKM akan mendapatkan maklumat lanjut daripada WHO berhubung STSS yang melanda Jepun.

Iklan

Maklumat terbabit penting supaya Malaysia dapat membuat persediaan serta mengambil langkah sewajarnya.

Dr Dzulkefly (enam dari kanan) bergambar bersama penerima watikah Komuniti Madani semasa Majlis Perasmian Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Selangor di Dewan Dato’ Penggawa Permatang pada Ahad.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly memberitahu, KKM juga sedang berusaha meningkatkan kesedaran dan kepentingan mengamalkan pemakanan sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan.

Iklan

Beliau berkata, Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun lalu menunjukkan peningkatan prevalen penyakit yang tinggi.

"Lebih membimbangkan trend berat badan rakyat di negara ini menunjukkan paras membimbangkan iaitu pada prevalen 54.4 peratus.

"Ini sekali gus meningkatkan risiko kepada penyakit tidak berjangkit lain seperti kencing manis dan darah tinggi," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!