Kutip tauge jatuh ke lantai sebelum dibungkus

Iklan
Premis memproses tauge beroperasi dalam keadaan kotor.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu dua pusat sembelihan ayam dan dua premis memproses tauge yang dikesan beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi tersebut dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan di kompleks Pasar Borong, Pusat Bandar Utara di sini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, sebanyak tiga premis dikenakan penutupan segera di bawah Akta Makanan 1983 dan sebuah premis akan dibatalkan lesen dalam operasi bersepadu itu.

"Siasatan dan pemantauan di premis memproses tauge mendapati premis dalam keadaan kotor, bekas yang berisi tauge terdedah dan mudah dilalui oleh tikus.

Iklan

"Pekerja mengutip semula tauge-tauge yang telah jatuh ke lantai dan dibungkus semula," kata kenyataan itu menerusi perkongsian di Facebook.

Pemeriksaan terhadap sebuah pusat sembelihan ayam di kompleks Pasar Borong, Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur.

Tambah kenyataan itu, sebanyak 16 kompaun kesalahan telah dikeluarkan di bawah peruntukan UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Tred,Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974.

Iklan

"Antara kesalahan lain yang dikenal pasti adalah semua sisa ayam seperti bulu ayam dan darah ayam terus ke longkang awam.

"Hasil siasatan Indah Water Konsortium (IWK) didapati loji berhampiran dipenuhi oleh bulu ayam dan lemak ayam," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pekerja premis juga didapati tiada suntikan tifoid serta tidak memakai pakaian yang bersih dan sesuai ketika mengendalikan bahan mentah.

Susulan itu, DBKL mengingatkan semua pemilik premis sentiasa menjaga kebersihan premis dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam syarat lesen perniagaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!