SELANGOR FC percaya masih mampu untuk melakar kebangkitan pada aksi timbal balik selepas tewas 1-2 kepada Kuching City FC dalam aksi pertama Piala FA di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu.
Pengendali skuad Gergasi Merah, Nidzam Jamil berkata, beliau tidak gusar dengan kekalahan tersebut dan optimis para pemainnya akan dapat menebus kekalahan tersebut di laman sendiri hujung minggu ini.
Iklan
Iklan
"Ini Piala FA, sudah tentu keputusan yang diraih hari ini tidak menggembirakan. Tetapi, perkara baiknya kita boleh tebus balik di laman sendiri.
"Namun, pemain cukup positif untuk dapatkan balik kemenangan (di laman sendiri)," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Dalam perlawanan itu, skuad merah kuning itu terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Ronnie Fernandez pada minit ke-31 sebelum Kuching City menyamakan kedudukan pada masa kecederaan oleh James Okwuosa.
Jordan Mintah melengkapkan kebangkitan skuad Borneo itu melalui jaringan pada minit ke-64 untuk membawa bekalan satu gol ke Stadium Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Sabtu ini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!