Majikan perlu saring rekod pemandu sebelum diambil bekerja

Iklan
Lam Thye menggesa pihak berkuasa untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi menghukum pihak majikan yang menyediakan perkhidmatan sambil lewa.

SHAH ALAM - Pengendali bas pelancong atau persiaran digesa meneliti rekod pemandu sebelum membenarkan mereka memulakan perjalanan.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, majikan mempunyai tanggungjawab untuk menyaring kelayakan pemandu bas dengan menjalinkan kerjasama bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

"Setiap kali bila berlaku kemalangan bas atau kenderaan berat, hanya pemandu yang akan diambil tindakan, tetapi tidak kepada majikan.

"Seharusnya pengendali bas juga bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan baik termasuk pemandu bas yang tiada rekod lampau, saman membawa lebih had laju dibenarkan atau tiada lesen.

Iklan

"Jika gagal berbuat demikian, kejadian kemalangan melibatkan bas akan terus berlaku kerana kesilapan itu tidak dibetulkan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan, bas membawa 21 penumpang termasuk 18 pelancong China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Pahang pada Sabtu.

Iklan

Akibat kejadian itu, dua penumpang warga China iaitu Wang Shuhong, 49, dan Zhang Ping, 58, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 13 yang lain dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, siasatan mendapati pemandu bas berusia 32 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu dan memiliki 27 rekod saman lampau.

Dalam pada itu, Lam Thye turut menggesa pihak berkuasa untuk melihat dan mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi menghukum pihak majikan yang menyediakan perkhidmatan sambil lewa agar aspek keselamatan pekerjaan tidak diabaikan.

"Jika pemandu ada rekod buruk, majikan perlu memberi amaran tegas atau menggantikannya dengan orang lain supaya kes sama tidak berulang.

"Ini kerana aspek keselamatan amat penting. Jika pemandu berisiko terhadap nyawa penumpang, mereka tidak layak untuk memikul tanggungjawab memandu.

"Kalau kenakan hukuman terhadap pemandu sahaja, ia tidak adil kerana pengendali bas juga bertanggungjawab sekali gus dikenakan tindakan keras sekiranya berlaku kemalangan yang membabitkan kehilangan nyawa," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!