'Jemput semua anak-anak, saudara kita keluar mengundi' - Tuan Ibrahim

Iklan
Tuan Ibrahim (duduk, dua dari kanan) semasa turun berkempen di sekitar Sungai Bakap. Foto Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man

SUNGAI BAKAP - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap perlu keluar mengundi beramai-ramai untuk menterjemahkan hasrat dan kehendak mereka pada hari mengundi, 6 Julai ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara yang mendukacitakan berlaku pada setiap PRK sebelum ini adalah peratus keluar mengundi yang rendah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hal tersebut disebabkan oleh ada pengundi yang mengambil keputusan untuk tidak mahu keluar mengundi kerana kecewa dengan sesetengah pihak.

"Ada PRK yang keluar mengundi tidak sampai 50 peratus dan ini tidak mencerminkan pendirian dan kehendak sebenar pengundi di kawasan tersebut.

Iklan

"Kami merayu sungguh-sungguh supaya PRK Sungai Bakap ini pastikan peratusan keluar mengundi tinggi.

"Jemput semua anak-anak, saudara kita keluar mengundi. Jika tidak ia tidak akan mencerminkan kehendak sebenar pengundi pada setiap pilihanraya," katanya semasa berucap pada ceramah kelompok Perikatan Nasional di Kampung Besar, dekat sini pada malam Sabtu.

Iklan

Tambah beliau, selepas selesai PRK Sungai Bakap, tumpuan pula akan beralih kepada PRK Nenggiri di Kelantan.

"Selepas itu ada enam lagi enam Parlimen tapi Speaker Dewan Rakyat belum buat keputusan lagi dan satu lagi DUN di Selangor.

"Bermakna ada lagi PRK lagi selepas ini dan ada kemungkinan akan diadakan secara serentak," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail.

Ia susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff dari Pas yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.