18 terbunuh, 48 cedera letupan di Nigeria

Iklan
Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban manakala 48 lagi cedera dalam siri letupan di Borno, timur laut Nigeria. Foto Agensi

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban manakala 48 lagi cedera dalam siri letupan di Borno, timur laut Nigeria, lapor Sputnik memetik Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri.

"Setakat ini, mangsa yang dikenal pasti termasuk 18 mayat terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Seramai 48 orang lagi cedera parah dan sedang menerima rawatan,” menurut agensi itu di media sosial pada Sabtu.

Letupan pertama berlaku semasa majlis perkahwinan, disusuli letupan kedua beberapa minit kemudian melibatkan hospital utama di bandar Gwoza.

Iklan

Tidak lama selepas itu"seorang pengebom bunuh diri bertindak meletupkan bom" menurut agensi itu. - Bernama-Sputnik

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan