Pembalakan dibenarkan di kawasan nyahwarta - Saarani

Iklan
Saarani (tiga dari kanan) mengikuti bacaan ikrar sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh pada Ahad.

IPOH - Aktiviti pembalakan boleh dijalankan di kawasan yang telah dinyahwarta sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK), kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata, aktiviti pembalakan itu bagaimanapun perlu mematuhi peraturan dan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Iklan
Iklan

"Biasanya jika kawasan itu telah dikeluarkan daripada hutan simpan, maka boleh dibalak. Kecualilah masih dalam status hutan simpan, maka tidak dibenarkan.

"Lesen yang diberikan kepada pembalak pula mestilah tertakluk kepada ketetapan EIA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas aktiviti pembalakan yang didakwa berlaku di kompartmen 58 dan 59 Hutan Simpan Segari Melintang dekat Manjung.

Mengikut laporan media, lesen pembalakan yang diluluskan di kawasan seluas 50 hektar itu mengundang kegusaran penduduk sekiranya berlaku tanah runtuh atau banjir besar kerana kawasan terlibat diklasifikasikan sebagai hutan simpan.

Iklan

Saarani berkata, pembalakan yang dimaksudkan itu berkemungkinan berlaku di kawasan hutan simpan kekal yang telah dinyahwarta.

"Saya belum dapat laporan penuh tetapi saya yakin kawasan tersebut merupakan hutan simpan kekal yang telah dikeluarkan dan digantikan dengan kawasan lain.

"Dalam hal ini, ada kelulusan kerana syarikat pembalak tidak boleh semudah itu untuk pergi membalak begitu sahaja," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!