PBB pindahkan bantuan bertimbun di jeti Gaza

Iklan
PBB memindahkan ribuan tan bekalan kemanusiaan dari jeti di luar pantai Semenanjung Gaza selepas pelabuhan sementara itu digantung operasinya kerana cuaca buruk. Foto Agensi

KAHERAH - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang memindahkan ribuan tan bekalan kemanusiaan dari jeti yang dibina oleh Amerika Syarikat (AS) di luar pantai Semenanjung Gaza selepas pelabuhan sementara itu digantung operasinya kerana cuaca buruk, kata seorang pegawai bantuan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP), Abeer Etefa memaklumkan pekerja mula mengangkut bantuan bertimbun kebanyakannya makanan ke gudang pada Jumaat. Bantuan itu akan diagihkan kemudian.

Iklan
Iklan

Menurut Etefa, operasi pemindahan masih berlangsung dan penyelesaiannya bergantung kepada 'kelancaran pergerakan' di dalam wilayah terkepung itu sambil berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai keadaan jeti berkenaan.

Pelabuhan itu telah beberapa kali dibongkar kerana cuaca buruk.

Iklan

Jeti bernilai AS$300 juta itu mula beroperasi pada pertengahan Mei untuk berfungsi sebagai hab penghantaran bantuan yang sangat diperlukan ke Gaza.

Pada Jumaat, Pentagon berkata, tentera AS sedang membongkar sementara jeti itu akibat laut bergelora dan angin kencang. Tiada tarikh diberikan untuk memasang semula kemudahan itu. - Bernama-dpa

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!