Tujuh pemain futsal keracunan makanan

Iklan
Skuad futsal negara memenangi pingat perak selepas tewas kepada Thailand dalam perlawanan akhir pada Ahad.

PENGENDALI skuad futsal Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024, Addy Shairullyzam mendedahkan tujuh pemain negara mengalami keracunan sebelum perlawanan akhir menentang Indonesia di Gelora Olahraga Rakyat (GOR) Futsal Universitas Negeri Surabaya (UNESA) pada Ahad.

Menurutnya, situasi itu menyaksikan pemain-pemain negara tidak bermaya pada perlawanan final dengan tiga daripada mereka mendapatkan rawatan titisan intravena (IV Drip).

Iklan
Iklan

Biarpun begitu katanya, anak buahnya tetap meneruskan pertarungan bagi merealisasikan misi 35 pingat emas kontinjen negara.

"Separuh daripada mereka keracunan, cirit-birit dan muntah-muntah dan terpaksa diberi IV Drip.

Iklan

"Sejujurnya saya boleh katakan bahawa prestasi mereka hanya berada pada tahap 60 peratus untuk perlawanan akhir hari ini.

"Pemain-pemain saya berusaha cuba nak dapatkan gol awal, namun mereka semakin kekurangan tenaga, mental dan fizikal mereka tak mampu nak dapatkan gol," katanya yang memaklumkan punca keracunan masih belum dikenal pasti kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Iklan

Perlawanan akhir yang menyaksikan Thailand beraksi dengan empat pemain tiga minit sebelum separuh masa pertama berakhir dimenangi skuad Gajah Perang, 4-1.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!