SESB tutup beberapa feeder akibat banjir kilat, pokok tumbang

Iklan
Feeder terpaksa ditutup akibat ditenggelami banjir di Penampang.

KOTA KINABALU - Bekalan elektrik di beberapa kawasan di negeri ini terganggu susulan kejadian banjir kilat dan pokok tumbang akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam pada petang Ahad.

Dalam perkongsian di Facebook rasmi SESB Careline (Sabah Electricity Sdn Bhd) antara lokasi yang terjejas ialah sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Kiulu, Tuaran.

Iklan
Iklan

Bagi kawasan Penampang, beberapa peti pembekal (feeder) terpaksa ditutup akibat banjir yang melanda daerah dan demi keselamatan pengguna dinasihatkan agar tidak mendekati kawasan pepasangan SESB.

"SESB memohon maaf atas segala kesulitan dan menjangkakan ada sedikit kelewatan pembaikan bekalan kerana banyak laluan ditenggelami air atau keadaan banjir tidak membenarkan pihak SESB untuk lakukan pembaikan," kata kenyataan di Facebook tersebut.

Iklan
Pokok tumbang dan terkena pada talian voltan tinggi SESB di Jalan Tompinahaton, Kiulu, Tuaran.

Dua tiang talian voltan tinggi di Jalan Bingaliu Lokub, Kiulu juga terjejas akibat tanah runtuh.

Difahamkan, berlaku sedikit kelewatan untuk kerja pembaikan kerana keadaan laluan yang tidak mengizinkan dan faktor kestabilan tanah di kawasan berkenaan.

Iklan

Selain itu, difahamkan gangguan bekalan elektrik itu juga menyebabkan talian telefon turut terganggu dan ada mangsa banjir sukar mendapatkan bantuan daripada pasukan penyelamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!