Jalan Batang Kali-Genting dibuka semula mulai 3 petang esok
Iklan
JKR Hulu Selangor memaklumkan laluan B66 Jalan Batang Kali menuju ke Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka semula, esok.
KUALA LUMPUR - Laluan B66 Jalan Batang Kali menuju ke Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka semula, esok.
JKR Hulu Selangor dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan pengguna jalan raya boleh melalui laluan berkenaan bermula 3 petang.