Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK

Iklan
Sanusi beraksi pada perlawanan bola persahabatan di antara pasukan Akmal Nasrullah menentang pasukannya di Taman Pekatra Simpang Ampat pada Ahad. Foto Bernama

SUNGAI BAKAP - Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Pengarah strategi PKR, Akmal Nasrullah di Padang Taman Pekatra, Simpang Ampat, Pulau Pinang pada petang Ahad.

Kekalahan pasukan PN dengan jaringan 3 berbalas 2 kepada pasukan Pakatan Harapan (PH) itu disifatkan adat dalam setiap pertandingan.

Iklan
Iklan

Bagi Menteri Besar Kedah itu, apa yang lebih penting adalah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua pemain selain sokongan padu yang ditunjukkan oleh penyokong masing-masing membuktikan sukan boleh sepak dapat menyatupadukan masyarakat.

Aksi menarik ADUN Gurun Baddrol Bakhtiar. Foto Bernama

"Kalah atau menang itu belakang kira, ini semangat kesukanan yang perlu kita tunjukkan.

Iklan

"Bagi saya, penganjuran perlawanan persahabatan ini membuktikan kita dapat berpolitik secara matang walaupun masing-masing giat berkempen untuk calon masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap pada masa ini," katanya ketika ditemui pemberita sebaik tamat perlawanan pada petang Ahad.

Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan PH dan PN yang julung kali diadakan dalam kempen pilihan raya dicetuskan oleh Akmal yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada Ahad lalu melalui pentas ceramah kempen PH di Sungai Bakap.

Iklan
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Norshahrul Idlan Talahan turut beraksi pada perlawanan bola persahabatan antara pasukan Akmal Nasrullah menentang pasukan Sanusi. Foto Bernama

Akmal berkata, beliau menjemput Muhammad Sanusi serta jentera PN untuk berentap dalam perlawanan persahabatan bola sepak sempena PRK Sungai Bakap bagi merancakkan lagi kempen yang diadakan.

Selain itu katanya, melalui penganjuran perlawanan itu ia mampu mendekati anak muda khususnya masyarakat di Sungai Bakap.

Bagaimanapun berlaku kontroversi pada Sabtu apabila perlawanan persahabatan bola sepak yang dicadang itu dikatakan terpaksa dibatalkan berikutan tiada kata akhir yang diterima daripada pihak Muhammad Sanusi.

Kehadiran lebih 500 penonton dan penyokong daripada kedua-dua pasukan juga memeriahkan perlawanan berkenanan tanpa melibatkan sebarang insiden pergaduhan dan provokasi.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.