Tiada sebab tolak calon PH - Fadhlina
Iklan
Fadhlina bersama jentera Kerajaan Perpaduan bertemu para peniaga di Pasar Malam Sungai Duri sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Bakap baru-baru ini. Foto Bernama
NIBONG TEBAL - Tidak ada sebab untuk pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menolak calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang telah melancarkan iltizam atau manifesto komprehensif dan jelas untuk kawasan itu.
Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, Joohari yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan pentadbiran akan membawa kemakmuran kepada kawasan Sungai Bakap.