Pemain import NSFC kena ragut

Iklan
Mika Junco

SEREMBAN - Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) pada Ahad mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.

NSFC dalam kenyataan malam ini memaklumkan kejadian berlaku ketika pemain itu sedang berseorangan.

Iklan
Iklan

"Insiden berkenaan mengakibatkan Junco kerugian harta benda, namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat,” menurut kenyataan itu.

NSFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti itu dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Iklan

Dalam kenyataan sama, NSFC turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan kepada pemain itu dalam keadaan sukar.

Terdahulu, insiden itu dikongsi pemain kelahiran Sepanyol itu menerusi Instagram Story dengan memaparkan kecederaan ringan dialami di bahagian leher selain turut menyebabkan beliau kehilangan rantai emas. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!