Selidik dahulu sebelum mengkritik, nanti sub judice

Iklan
Sinar Harian masih memegang prinsip bebas dan tidak sesekali dikongkong oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tertentu khasnya bagi sisi politik.

KEBEBASAN menyuarakan pendapat terhadap isu membabitkan kes mahkamah khasnya sogokan wang, dunia politik, kerajaan dan agensi media sudah menjadi asam garam di negara ini.

Baru-baru ini, nama Sinar Harian terpalit dengan kritikan para cybertrooper membabitkan kes mahkamah salah seorang ahli politik tempatan.

Iklan
Iklan

Dalam kertas pertuduhan itu, Sinar Karangkraf turut tersenarai antara penerima wang sebanyak RM38,160 yang terus dijadikan modal oleh netizen dan cybertrooper kononnya ia sebahagian wang Jana Wibawa.

Walaupun kes ini berlaku pada tahun 2023, namun ia masih dimainkan oleh para netizen yang tidak bertanggungjawab dan kurang maklumat yang sahih.

Iklan

Berikutan itu, Sinar Harian pada 29 Jun lalu sekali lagi tampil menjernihkan dakwaan tersebut dengan menegaskan ia fitnah dan transaksi dinyatakan bukanlah diberikan secara ‘percuma’.

Sebaliknya ia adalah pembelian ruangan iklan di media yang selalu dibeli oleh para ahli politik ketika musim pilihan raya.

Iklan

Situasi itu juga merupakan urusan biasa yang berlaku di mana-mana agensi media khasnya akhbar.

Akhbar ini juga masih memegang prinsip bebas dan tidak sesekali dikongkong oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tertentu khasnya bagi sisi politik.

Sinar Harian juga berpendirian bahawa sebarang kenyataan berbentuk fitnah atau berniat jahat yang bermotif untuk menjatuhkan reputasi agensi ini berkemungkinan besar diambil tindakan perundangan.

Untuk rekod, akhbar ini adalah salah satu agensi di Malaysia yang terpalit dengan dakwaan para cybertrooper.

Semua pihak khasnya rakyat Malaysia yang prihatin sepatutnya sedar dan berfikir dahulu sebelum memuat naik sebarang video mahupun komen berunsur fitnah dan mengelakkan berlakunya sub judice terhadap apa sahaja kes yang sedang atau masih dibicarakan di mahkamah.

Benar sekali setiap individu mempunyai hak bersuara, namun hak itu juga ada batasannya kerana Malaysia adalah negara yang dipayungi undang-undang.

Buat para cybertrooper, walaupun dunia sekarang hanyalah di hujung jari, selidiklah dahulu segala dakwaan yang anda terima sebelum memuat naik di media sosial dan content anda.

Kalau dakwaan itu tidak benar, anda berpotensi disaman dan kemungkinan besar berdepan implikasi perundangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada subahat, Sinar Harian kekal beri laporan seimbang

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!