Peniaga, pengilang tanggung kos perbelanjaan lain
Iklan
SHAH ALAM - Peniaga dan pengilang berkemungkinan tidak mampu untuk menurunkan harga barangan semata-mata disebabkan oleh penurunan tarif elektrik kerana masih menanggung banyak perbelanjaan lain dan kos bahan mentah yang tinggi.
Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Low Kian Chuan berkata, peningkatan kos bahan mentah jauh melebihi penurunan tarif elektrik.