Pakar tidak semestinya ada sijil

Iklan
Kecoh dalam kalangan netizen apabila Siti Nurhaliza diangkat sebagai pakar di UMCced.

BULAN lalu, kecoh dalam kalangan netizen apabila artis tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza diangkat sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).

Ada yang setuju, tetapi lebih ramai pula yang mengkritik kononnya Siti Nurhaliza ini tidak pernah menggenggam ijazah mahupun diploma yang membolehkan beliau menjadi seorang pakar.

Iklan
Iklan

Tetapi apabila Merak Jalanan fikir semula, di luar negara khasnya Barat, ramai selebriti terkenal dan mempunyai pengalaman yang banyak dijadikan sebagai role model ataupun jurucakap untuk sesebuah institusi pendidikan atau universiti mereka.

Contoh paling mudah Merak Jalanan yang tidak berapa pakar ini boleh dikongsikan ialah supermodel terkenal dunia, Tyra Banks.

Iklan

Tyra pernah menjadi pensyarah jemputan bagi sebuah universiti terkemuka di negara Barat.

Alasan universiti itu menjadikan Tyra sebagai pensyarah jemputan mereka adalah kerana pengalaman beliau yang amat berharga dalam industri peragaan, seni, perniagaan dan banyak lagi.

Iklan

Pengalaman beliau itu dijadikan sebagai silibus kepada mahasiswa yang bakal melangkah ke alam pekerjaan.

Tidak ketinggalan, salah seorang ahli kumpulan Kpop terkenal dunia, G-Dragon dilantik sebagai profesor jemputan selama dua tahun di Institut Lanjutan Sains dan Teknologi Korea (KAIST).

Ada satu lagi contoh mudah yang Merak Jalanan boleh beri ialah seseorang tukang ukir kayu berpengalaman lebih 30 tahun.

Kita selalu melabelkan mereka ini pakar dalam bidang itu, tetapi adakah kesemuanya memegang skrol universiti?

Jadi adakah salah untuk Universiti Malaya melabelkan Siti Nurhaliza sebagai pakar?

Setidak-tidaknya akan menarik minat lebih ramai anak muda untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!